Bagaimana Menaakul untuk Diri Anda Sendiri

Bagaimana Menaakul untuk Diri Anda Sendiri

Ringkasan

Nabi-nabi Tuhan meramalkan tentang kuasa keagamaan berbahaya yang digambarkan melalui kod nama simbolik "Babel." Berdasarkan kepada ramalan, kuasa ini akan cuba untuk memaksa dan menarik kita kepada penyembahan palsu. Satu-satunya cara untuk kita menemukan keselamatan adalah dengan berfikir sendiri dan mengekalkan kesetiaan yang kuat kepada Firman yang dinyatakan Tuhan. Risalah ini memberitahu kita bagaimana untuk melatih fikiran kita sehingga kita menjadi orang percaya yang bijak pada saat krisis dunia terjadi.

Jenis

Tract

Penerbit

Sharing Hope Publications

Tersedia dalam

21 Bahasa

Muka Surat

6

Muat Turun

Kami baru sahaja sampai ke puncak Gunung Datuk setelah lama mendaki. Saya duduk dengan sahabat baru saya, Adzak, untuk menikmati pemandangan di sana. Tidak lama kemudian, perbualan kami beralih kepada topik-topik keagamaan.

“Saya adalah seorang pemikir bebas,” kata Adzak. “Saya mempunyai pandangan saya sendiri mengenai dunia ini.”

“Ya,” saya menjawab. “Saya mendengar bahawa ramai belia di Malaysia mengidentifikasikan diri mereka sebagai seorang pemikir bebas.”

Adzak ketawa. “Kita perlu menaakul untuk diri kita sendiri. Jika tidak, akan terdapat begitu banyak kekeliruan. Ia akan membuatkan anda gila.”

“Tetapi bagaimana pula apabila anda pulang ke rumah?” saya bertanya. “Di Malaysia, ramai orang muda menggelarkan diri mereka sebagai seorang pemikir bebas, tetapi di dalam rumah, anda dijangka untuk menyertai upacara-upacara agama Islam atau Buddha. Apa yang anda beritahu ibu bapa anda?”

“Saya tidak memberitahu mereka,” Adzak menjawab. “Saya cuma menurut apa sahaja yang mereka mahu. Saya boleh berfikir dengan bebas, tetapi saya harus menyimpannya untuk diri saya sendiri.”

Adakah Kebebasan Berfikir Penting?

Di beberapa tempat di dunia, mempunyai kepercayaan yang berbeza boleh membuatkan anda dipulaukan dari komuniti anda, dipecat dari pekerjaan anda, atau bahkan dibunuh. Menaakul untuk diri anda sendiri boleh menjadi bahaya. Tetapi adakah ia penting? 

Dunia kita dipenuhi dengan idea-idea yang baik dan yang jahat. Satu cara penting untuk mula mengasingkan yang baik daripada yang jahat adalah dengan berfikir dan bercakap mengenainya. Jika anda membeli sesuatu yang mahal—seperti emas, bunga saffron, atau sebuah iPhone—anda tidak akan membayar dan membawanya pulang ke rumah sahaja. Anda akan memeriksa dan membandingkannya dengan produk pesaingnya untuk memastikan anda benar-benar mendapatkan kualiti yang terbaik. Idea-idea juga harus diperlakukan dengan cara yang sama. 

Terdapat banyak kekeliruan di dunia, dan ia menjadi lebih teruk apabila orang-orang cuba untuk memaksa idea-idea keliru mereka sendiri kepada komuniti. Biarkan saya memberitahu anda mengenai satu nubuat yang penting. Dalam sebuah buku kuno yang dipanggil “Wahyu Yesus Kristus,” satu nubuat menceritakan tentang orang-orang yang cuba untuk memaksa pandangan keagamaan mereka yang keliru kepada orang lain. Ia berkata, “Babel telah runtuh, telah runtuh, kota yang besar itu telah memberi semua bangsa minum air anggur kemurkaan Allah terhadap pencabulan mereka” (Wahyu 14:8).

Kata-kata simbolik ini tidak sukar untuk difahami. Babel adalah sebuah kota kuno yang terkenal, tetapi namanya bermaksud “kekeliruan.” Kota ini telah “runtuh,” bukan kerana ia keliru tetapi kerana ia tidak mahu meninggalkan kekeliruannya. Ia menggoda bangsa-bangsa untuk menyertai percabulan rohaninya—iaitu, mengkhianati Tuhan dengan mencampurkan ibadah yang palsu dan yang benar. Idea-idea palsu ini dinormalkan dan diterima. Nubuat mengenai “Babel” ini merujuk kepada entiti rohani sedunia yang bukan sahaja menormalkan kesalahan rohani tetapi akhirnya akan cuba memaksanya kepada orang-orang yang berpegang kepada kebenaran.

Wahyu Yesus Kristus telah meramalkan bahawa ini akan berlaku pada zaman kita. Mungkin anda telah pun melihat perkara ini sedang berlaku. Terdapatkah orang-orang yang mewakili Tuhan dengan idea-idea yang salah? Pernahkah anda berasa tidak selesa dalam hati nurani anda? Ya, inilah sebabnya mengapa penaakulan sendiri adalah penting.

Bagaimana Menaakul untuk Diri Anda Sendiri

Kebanyakan orang berpuas hati untuk mengikuti agama komuniti mereka. Mereka tidak berfikir melalui kepercayaan mereka sendiri. Mereka mengikuti tradisi-tradisi agama yang tidak masuk akal atau yang mendatangkan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan. Kadangkala, pemimpin-pemimpin agama yang seharusnya menunjukkan kita jalan menuju kepada Tuhan, sendiri dipenuhi dengan ketidakadilan.

Bagaimana kita boleh mencari kebenaran? Saya mencadangkan bahawa kita harus mempercayai para nabi. Mengapa? Terdapat tiga sebab:

  1. Para nabi menunjukkan satu pengetahuan yang menakjubkan mengenai masa hadapan. Nabi Daniel meramalkan kebangkitan Eropah ke kedudukan bersejarahnya dalam penjajahan dunia. Yesus Kristus (juga dikenali sebagai Isa al-Masih) meramalkan kemusnahan Yerusalem pada 70 M. Nabi Musa meramalkan sejarah Ismael hingga ke akhir zaman.

  2. Para nabi menunjukkan satu pengetahuan saintifik yang menakjubkan mengenai kesihatan. Nabi Musa, yang hidup pada 3,500 tahun yang lalu, menerangkan kuarantin, pembuangan kumbahan yang bersih, dan prinsip-prinsip pensterilan. Dia membahagikan ciptaan binatang kepada yang halal dan haram. Dan dia memberitahu kita untuk tidak memakan darah atau lemak apabila kita memakan daging yang halal. Malah pada hari ini, mereka yang mengikuti hukum-hukum pemakanan dan kebersihannya hidup 15 tahun lebih panjang daripada populasi umum.

  3. Tuhan menjawab doa-doa para orang beriman yang percaya kepadanya dan yang percaya kepada nabi-nabinya. 

Tulisan para nabi dipenuhi dengan bimbingan—tetapi untuk mendapatkan manfaat daripadanya, kita harus belajar untuk berfikir secara kritikal, untuk menguji kepercayaan kita, dan untuk memeriksa bukti bagi iman kita. Berfikir adalah satu bahagian yang penting dalam agama yang benar.

Sekarang, apa yang akan terjadi apabila kita menyelidiki satu kesalahan? Ia mungkin kelihatan benar pada mulanya. Tetapi apabila kita mencari keterangan, kita mula melihat masalah-masalah idea itu. 

Kebenaran hanyalah bertentangan dengannya. Ia tidak pernah kehilangan apa-apa pun apabila ia diperiksa dengan berhati-hati. Lebih banyak kita selidiki, lebih banyak kebenaran yang kita akan lihat. 

Orang-orang beriman sepatutnya menjadi orang-orang yang paling bijaksana di dunia kerana Tuhan membimbing kita ke arah kebijaksanaan. Jika anda mendapati diri anda dalam satu situasi di mana anda tidak dibenarkan untuk berfikir dengan bebas atau menanyakan soalan, maka ia bukannya datang daripada Tuhan. Dia menjemput pertanyaan menyeluruh kita kerana kebenaran cukup kuat untuk diselidiki. Tetapi Babel menggoda anda ke dalam kepalsuan dan menahan anda di sana dengan menutupi pintu kepada usaha intelektual.

Jika anda sangat keliru sehingga anda merasakan anda berada di Babel, keluarlah! Datanglah ke jalan kebijaksanaan Tuhan. Taakul untuk diri anda sendiri dan tanya soalan-soalan yang bernas. Anda tidak akan kecewa. 

Adakah anda ingin tahu lebih banyak mengenai Wahyu Yesus Kristus? Sila hubungi kami melalui maklumat di belakang kertas ini.

Copyright © 2023 by Sharing Hope Publications. Tulisan boleh dicetak dan dikongsikan untuk tujuan bukan komersial tanpa kebenaran.
Ayat Alkitab diambil dari Alkitab Berita Baik®. Hak Cipta © 1996 oleh The Bible Society of Malaysia. Digunakan dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.

Daftar untuk surat berita kami

Jadilah orang pertama yang mengetahui apabila penerbitan baru tersedia!

newsletter-cover