
Adakah Anda Memerlukan Mukjizat?
Ringkasan
Tuhan mempunyai sejarah yang panjang di dalam memberikan mukjizat kepada umat-Nya tepat pada saat mereka sangat memerlukannya. Alkitab memberitahu kita banyak kisah mengenai ramalan yang telah digenapi, individu yang disembuhkan, dan peristiwa luar biasa yang hanya boleh datang sebagai jawapan kepada doa. Risalah ini menawarkan beberapa sebab mengapa kita boleh mempercayai Kitab Injil sebagai firman Tuhan yang tidak berubah, dan bagaimana anda boleh mendekati Tuhan untuk mengalami mukjizat anda sendiri.
Jenis
Tract
Penerbit
Sharing Hope Publications
Tersedia dalam
22 Bahasa
Muka Surat
6
Sekumpulan ahli keluarga yang besar mengharapkan kehidupan yang lebih baik dan memutuskan untuk berhijrah ke negara yang baru. Walaubagaimanapun, perjalanan itu tidak mudah; mereka terpaksa menyeberangi padang pasir yang luas dengan berjalan kaki. Terdapat ular, kala jengking, dan cuacanya sangat panas. Jika ahli-ahli keluarga yang sakit atau lemah ditinggalkan di belakang karavan, mereka akan diserang oleh penyamun.
Tidak lama kemudian mereka kehabisan makanan, tetapi pemimpin mereka berseru kepada Tuhan untuk memberikan mukjizat. Keesokan harinya, apabila orang ramai telah bangun, mereka mendapati kepingan-kepingan kecil yang kelihatan seperti roti bertaburan di atas tanah. Rasanya lazat, seperti wafer dengan madu. Dan ia cukup untuk memenuhi kelaparan semua orang! Ia mengambil masa beberapa hari untuk menyeberangi padang pasir, dan setiap hari mereka dihujani dengan roti dari syurga. Puji Tuhan, mereka diselamatkan!
Kisah ini mungkin kedengaran luar biasa, tetapi ia benar-benar berlaku. Ia adalah salah satu daripada banyak mukjizat yang diceritakan dalam Alkitab, yang mungkin anda mengetahuinya dengan nama Taurat, Zabur dan Injil. Alkitab mengandungi ratusan kisah benar, dan kebanyakannya berdasarkan mukjizat-mukjizat yang Tuhan lakukan dalam kehidupan manusia. Ia adalah buku yang penting bagi zaman kita, dimana ramai orang memerlukan mukjizat mereka sendiri.
Mukjizat Zaman Moden
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah melihat perang saudara, revolusi, kejatuhan ekonomi, pengangguran, penyakit berjangkit, dan kematian. Saya tidak pasti apakah situasi anda sekarang. Anda mungkin dihalau dari rumah anda. Anda mungkin mempunyai orang yang dikasihi yang berada di ambang hidup dan mati. Anda mungkin bergelut untuk mendapatkan pekerjaan.
Apa sahaja situasi anda, Tuhan mengambil berat tentang anda dan dia sanggup melakukan mukjizat untuk anda hari ini, sama seperti pada zaman dahulu. Apabila anda berasa sedih, anda boleh mendapatkan dorongan dengan membaca Alkitab, sebuah buku mukjizat.
Firman Tuhan bagi Zaman Kita
Beberapa orang teragak-agak untuk membaca Alkitab kerana mereka mendengar bahawa buku ini sepertinya telah diubah. Tanggapan salah ini mungkin disebabkan oleh gaya hidup ramai orang yang mengatakan bahawa mereka mengikuti Alkitab. Kadangkala kita melihat orang Kristian meminum alkohol, berjudi, berpakaian tidak sopan, memakan babi, dan memperlakukan orang dengan tidak baik.
Tetapi sebenarnya, semua kesalahan ini dikutuk di dalam Alkitab. Apabila orang Kristian hidup dalam ketidaktaatan kepada Tuhan, ia tidak mengubah kesahihan Firmannya yang kekal. Nabi Yesaya menulis, “Rumput layu dan bunga luruh, tetapi firman Allah kita kekal selama-lamanya” (Yesaya 40:8). Adakah anda fikir manusia cukup berkuasa untuk mengubah Firman Tuhan, atau adakah kemungkinan besar mereka hanya memberikannya gambaran yang salah dengan tingkah laku yang buruk?
Alkitab menceritakan tentang nabi Daud dan orang-orangnya yang mengangkut tabut perjanjian, sebuah peti emas besar yang mengandungi Hukum Sepuluh. Hukum Sepuluh adalah hukum Tuhan untuk kehidupan bermoral yang ditulis pada dua loh batu besar dan diletakkan di dalam tabut emas itu. Dalam perarakan itu, seorang lelaki dengan berani menghulurkan tangannya dan menyentuh tabut itu—dan dia segera jatuh mati!
Jika Tuhan tidak mengizinkan tangan-tangan yang angkuh untuk menyentuh peti suci yang mengandungi Firmannya, apatah lagi dia akan membiarkan orang-orang jahat mendekati Firmannya dengan gunting dan pen pembetulan? Tuhan sememangnya berkuasa untuk melindungi Firmannya.
Secara objektif, Alkitab adalah buku yang paling disahkan dalam sejarah manusia. Tidak lama dahulu, tiga pengembala Badwi di Palestin—Muhammad edh-Dhib, Jum’a Muhammad, dan Khalil Musa—secara tidak sengaja menemui Skrol Laut Mati. Ini adalah satu penemuan arkeologi besar yang membenarkan kita untuk membandingkan Alkitab hari ini dengan manuskrip Alkitab kuno yang berusia sekitar 2,000 tahun. Perbandingan ini sangat mengagumkan, kerana ia menunjukkan fakta bahawa wahyu Tuhan tidak boleh diubah. Jika anda memerlukan mukjizat, anda boleh yakin bahawa Alkitab adalah tempat yang boleh dipercayai untuk menemuinya! Di sini anda boleh mendapatkan kisah-kisah menakjubkan seperti Nuh, Abraham (Ibrahim), Yusuf, Yunus, Daniel, Daud dan Salomo (Sulaiman). Anda mungkin pernah mendengar petikan-petikan mengenai mereka ditempat yang berbeza, tetapi Alkitab menceritakan keseluruhannya!
Mari Cari Mukjizat Anda
Apa sahaja krisis yang mungkin anda alami, Alkitab mempunyai satu kisah mukjizat khusus untuk anda:
Adakah anda atau orang tersayang anda sakit? Bacalah mengenai mukjizat penyembuhan Naaman, jeneral Siria yang menghidap penyakit kusta.
Adakah anda bergelut untuk membekalkan makanan bagi keluarga anda? Bacalah mengenai janda Lubnan dan anaknya, yang terselamat daripada kelaparan yang panjang dengan satu balang kecil minyak dan segenggam tepung yang tidak pernah kehabisan.
Adakah kehidupan anda dalam bahaya? Bacalah mengenai Ebed-Melekh, seorang hamba Ethiopia di istana raja, yang diselamatkan semasa perang kerana imannya kepada Tuhan.
Adakah anda merasakan seperti orang buangan? Bacalah mengenai Hagar, seorang Mesir yang melihat mukjizat Tuhan apabila dia
diusir.Adakah anda sedang tenggelam di bawah kesukaran kehidupan? Bacalah mengenai Yesus Kristus yang mengangkatkan tangannya dan meredakan ribut yang kuat untuk menyelamatkan murid-muridnya dari kapal karam.
Jawapan Mukjizat
Semasa kita membaca Alkitab, kita dipenuhi dengan keyakinan untuk berdoa dengan harapan yang positif. Yesus Kristus berkata, “Apa sahaja yang kamu minta dalam doa dengan iman, akan kamu terima” (kitab Injil, Matius 21:22). Apabila kita membaca kisah orang lain yang menerima mukjizat dari Tuhan, hati kita diinspirasikan dengan harapan untuk mengangkat permintaan kita ke syurga.
Adakah anda memerlukan mukjizat? Dapatkanlah inspirasi melalui mukjizat-mukjizat dalam Alkitab dan mintalah Tuhan satu mukjizat untuk diri anda sendiri. Dia pasti akan mendengar doa anda hari ini!
Jika anda ingin mempelajari lebih banyak mengenai mukjizat-mukjizat dalam Alkitab, sila hubungi kami melalui maklumat di belakang kertas ini.
Copyright © 2023 by Sharing Hope Publications. Tulisan boleh dicetak dan dikongsikan untuk tujuan bukan komersial tanpa kebenaran.Ayat Alkitab diambil dari Alkitab Berita Baik®. Hak Cipta © 1996 oleh The Bible Society of Malaysia. Digunakan dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.
Daftar untuk surat berita kami
Jadilah orang pertama yang mengetahui apabila penerbitan baru tersedia!

Penerbitan Pilihan Kami
© 2024 Sharing Hope Publications