
Tidak Takut dalam Hari Penghakiman
Ringkasan
Berfikir mengenai hari penghakiman menimbulkan ketakutan di dalam hati ramai orang. Bagaimana kita boleh menjadi yakin bahawa kita akan melalui hari penghakiman yang terakhir itu dengan selamat? Tuhan berkata Dia akan memberikan kita seorang Peguam bela—Seorang yang akan menjadi pengantara kita di dalam penghakiman seperti cara seorang peguam merayu untuk kes kita di mahkamah duniawi. Risalah ini memperkenalkan kepada kita Peguam bela ini dan mengajar kita bagaimana untuk mendapatkan jaminan sementara kita memikirkan tentang penghakiman yang akan datang.
Jenis
Tract
Penerbit
Sharing Hope Publications
Tersedia dalam
21 Bahasa
Muka Surat
6
Suatu pagi, saya meninggalkan bilik hotel saya untuk menghadiri satu mesyuarat yang penting. Saya telah lewat dan saya pun memandu dengan laju—laju daripada had laju yang dibenarkan. Di tengah-tengah perjalanan ke destinasi saya, seorang pegawai polis menyuruh saya untuk berhenti di tepi jalan dan memberitahu saya bahawa saya mesti pergi ke balai polis! Saya berasa sangat gementar dan tidak berdaya kerana saya tahu saya memang bersalah.
Selepas pegawai polis itu membuka fail kes terhadap saya, saya dibawa ke mahkamah berhampiran untuk disaman. Di sana, secara kebetulannya saya bertemu dengan seorang sahabat yang bekerja sebagai seorang peguam. Dia terkejut melihat saya. Apabila saya menerangkan situasi saya, dia berkata, “Jangan risau. Saya akan uruskan kes kamu.” Saya berasa sangat gembira. Sahabat saya akan menjadi peguam bela saya!
Disebabkan sahabat saya masuk untuk menjadi peguam bela bagi pihak saya, hakim telah mengeluarkan denda yang paling minimum. Saya meninggalkan mahkamah sambil memuji Tuhan.
Sememangnya, ia sangat menakutkan untuk berdiri di hadapan seorang hakim di dunia. Tetapi ia tidak boleh dibandingkan dengan bagaimana rasanya untuk berdiri di hadapan Tuhan pada Hari Penghakiman yang besar. Jika hari itu tiba esok, adakah anda bersedia?
Bersedia untuk Hari Penghakiman
Beberapa orang memberikan tindak balas terhadap hari penghakiman yang akan datang dengan sikap bersahaja. Mereka meminum alkohol, merokok, berjudi, pergi ke kelab malam, dan menonton video-video yang tidak baik. Mereka mungkin mengetahui bahawa perkara-perkara ini akan dicatatkan di dalam buku rekod, tetapi mereka terperangkap dengan tipu helah Syaitan. Mereka tidak peduli.
Orang yang lain pula bertindak balas dengan ketakutan yang berlebihan. Mereka tidak berani mengabaikan satu doa sekalipun. Mereka terlalu memikirkan tentang azab kubur atau api neraka sehingga mereka lupa akan kasih dan kebaikan Tuhan.
Tetapi sama seperti saya yang mempunyai seorang peguam bela di mahkamah undang-undang, Tuhan telah menyediakan seorang peguam bela yang akan menolong kita untuk melalui hari penghakiman itu. Anda tidak perlu bersendirian!
Siapakah Peguam Bela Kita?
Idea mengenai seorang peguam bela bukanlah sesuatu yang baru. Setiap tahun, beribu-ribu jemaah melawat tempat-tempat suci di Afrika Utara, Timur Tengah, dan Asia. Ramai orang berdoa di kuburan para pemimpin besar, mempercayai bahawa mereka akan membela bagi pihak mereka.
Ia adalah baik untuk menghormati pemimpin-pemimpin besar itu, tetapi berdoa kepada mereka atau meminta pengantaraan dari mereka adalah haram sama sekali. Mereka telah mati dan tidak boleh melakukan apa-apa untuk anda. Bahkan nabi-nabi juga berada di dalam kubur mereka, menantikan Hari Kebangkitan.
Walaupun ia adalah haram untuk meminta orang-orang mati menjadi pengantara bagi kita, idea pengantaraan itu sebenarnya benar. Tetapi pengantaraan dari siapakah yang diterima oleh Tuhan? Ia semestinya seorang yang
Hidup (kerana orang mati tidak boleh bercakap bagi pihak kita).
Tidak berdosa (kerana seorang yang dikutuk oleh hukum tidak boleh membela orang lain).
Siapakah yang boleh memenuhi kelayakan-kelayakan ini? Tidak ada yang lain selain daripada Yesus Kristus yang dikasihi, juga dikenali sebagai Isa al-Masih, yang hidup di syurga dan suci sepenuhnya.
Fikirkan—adakah sesiapa yang lain yang boleh mengaku tidak berdosa? Adam memakan buah terlarang; Nuh mabuk dengan arak; Abraham berbohong; Musa membunuh seorang lelaki; Daud merampas isteri orang lain. Anda tidak akan mendapati seorang nabi pun yang tidak pernah melakukan satu kesalahan atau tidak pernah meminta pengampunan.
Tetapi Yesus Kristus tidak pernah melakukan sebarang dosa. Dia sendiri berkata, “Dia yang mengutus-Ku ada di sisi-Ku…kerana Aku sentiasa melakukan apa yang diredai-Nya” (dari kitab Injil, Yohanes 8:29).
Menghadapi Hari Penghakiman dengan Damai
Yesus Kristus hidup di syurga dan sama sekali tidak berdosa. Dia bersedia untuk membela saya dan anda. Dan tidak lama lagi dia akan kembali.
Jika dia kembali untuk kali yang kedua, ini bermakna Yesus Kristus adalah nabi terakhir. Ya, dan bahkan lebih daripada seorang nabi—dia adalah Peguam Bela, Guru, dan Kedamaian kita pada Hari Penghakiman. Dia memberitahu kita, “Sesungguhnya…sesiapa yang menurut kata-Ku tidak akan mati” (kitab Injil, Yohanes 8:51).
Yesus tidak mati; dia hidup! Dan dia sedang membangunkan umatnya di atas bumi sekarang. Kadangkala dia menjemput orang ke dalam umatnya dengan menampilkan dirinya dalam mimpi sebagai seorang lelaki berpakaian putih atau memberikan kita mukjizat apabila kita berdoa kepada Tuhan dalam namanya.
Adakah anda ingin mempunyai kedamaian pada Hari Penghakiman? Akuilah kepercayaan anda kepada Yesus Kristus. Mengapakah kita harus meletakkan keyakinan kita kepada mereka yang telah mati dan tidak mengetahui bagaimana nasib mereka pada Hari Penghakiman? Yesus mengetahui tempatnya di syurga. Seperti sahabat peguam saya di bilik mahkamah, dia akan menolong kita.
Anda mungkin tertanya-tanya sama ada sesuatu yang begitu indah boleh menjadi kenyataan. Yesus Kristus berkata, “Apa sahaja yang kamu minta daripada-Ku dengan nama-Ku akan Kulakukan” (kitab Injil, Yohanes 14:14). Lakukanlah ujian untuk mengetahui sama ada apa yang saya katakan kepada anda adalah benar. Jika Yesus cukup berkuasa untuk membantu kecemasan-kecemasan hidup sekarang, maka pastinya dia boleh dipercayai untuk menjadi pembela kita. Berdoalah kepada Tuhan dalam nama Yesus dengan hati yang ikhlas dan lihatlah apa yang akan berlaku. Anda boleh berdoa:
Ya Tuhan, saya ingin mengetahui sama ada Yesus benar-benar adalah peguam bela yang engkau telah tetapkan bagi hari penghakiman itu. Jika benar, tolong jawab doa saya untuk (sebutkan keperluan anda di sini). Saya meminta ini di dalam nama Yesus Kristus. Amin.
Jika anda ingin mempelajari lebih banyak mengenai bagaimana untuk mengikuti Yesus Kristus, hubungi kami melalui maklumat di belakang kertas ini.
Copyright © 2023 by Sharing Hope Publications. Tulisan boleh dicetak dan dikongsikan untuk tujuan bukan komersial tanpa kebenaran.Ayat Alkitab diambil dari Alkitab Berita Baik®. Hak Cipta © 1996 oleh The Bible Society of Malaysia. Digunakan dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.
Daftar untuk surat berita kami
Jadilah orang pertama yang mengetahui apabila penerbitan baru tersedia!

Penerbitan Pilihan Kami
© 2024 Sharing Hope Publications