Rindukan Belas Kasihan

Rindukan Belas Kasihan

Ringkasan

Seperti apakah belas kasihan Tuhan? Adakah Dia hanya akan berkata "Saya mengampuni anda", atau adakah Dia menyediakan seorang pengganti untuk membersihkan rekod kita yang memalukan? Risalah ini mengongsikan cerita yang telah disesuaikan untuk membantu menjelaskan keperluan dan maksud pengorbanan seorang pengganti. Para pembaca akan menemukan pengharapan dengan mengetahui bahawa dosa mereka dapat diampuni dan rasa malu mereka dapat dihapuskan.

Jenis

Tract

Penerbit

Sharing Hope Publications

Tersedia dalam

22 Bahasa

Muka Surat

6

Muat Turun

Fatima sedang bersendirian semasa Hari Raya Haji, dan kesepiannya lebih daripada apa yang mampu ditanggungnya. Bukankah kesepiannya disebabkan oleh kesalahannya sendiri? 

Fatima mengingati bagaimana kerasnya dia bertengkar dengan ayahnya tentang mengahwini Ahmed. Dia muda dan dilamun cinta. Kenapa ayahnya berkata tidak? Apabila dia melarikan diri untuk berkahwin dengan Ahmed, ayahnya berkata bahawa dia tidak boleh kembali lagi.

Dia berfikir bahawa dia mampu menanggung malu kerana cintanya kepada Ahmed. Tetapi tidak lama kemudian, dia perlu mengakui bahawa ayahnya benar. Ahmed bukanlah lelaki yang dia fikir dia telah jatuh cinta dengan. Ahmed telah meninggalkannya untuk perempuan yang lain.

Fatima berasa malu dengan dirinya sendiri. Dia mempercayai bahawa dia telah mendapat keadilan dan sedang menanggung akibatnya. Dia memahami keadilan dengan baik. Namun, betapa hatinya merindukan belas kasihan!

Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Sejujurnya, kita semua pernah melakukan kesilapan dan mengabaikan suara hikmah. Kita pernah menyinggung orang lain. Orang lain pernah meyinggung kita. Komuniti kita terdiri daripada orang-orang yang melakukan kesilapan. Dan betapa sukarnya bagi kita untuk memaafkan orang lain dan diri kita sendiri! 

Adakah belas kasihan untuk kesilapan-kesilapan kita?

Fikirkan berapa kali anda telah mengulangi ayat mudah ini “Bismillah al-Rahman al-Rahim”—“dalam nama Tuhan, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang.” Apakah yang sangat istimewa tentang belas kasihan?

Mungkin komuniti kita—dan hati kita sendiri—sangat memerlukan belas kasihan.

Belas Kasihan: Jalan yang Lebih Baik

Beberapa tahun yang lalu, seorang lelaki bernama Abdul-Rahman bergaduh dan membunuh jirannya Kareem. Kehidupan menjadi tegang untuk kedua-dua pihak keluarga ini dalam perkampungan kecil di Mesir. Keluarga Kareem ingin membalas dendam, manakala keluarga Abdul-Rahman, dalam ketakutan, cuba untuk melindunginya. Abdul-Rahman tidak ingin kitaran balas dendam itu berterusan. Dia meminta nasihat dari ketua-ketua kampung, dan mereka mencadangkan untuk melakukan upacara kematian kain kafan.

Abdul-Rahman membawa kain kafan putihnya sendiri dan meletakkan sebilah pisau di atasnya. Dia berjalan untuk bertemu dengan keluarga Kareem di kawasan pasar, sementara seluruh kampung melihat. Abdul-Rahman berlutut di depan Habib, abang kepada mangsa, lalu menawarkan kain kafan dan pisau itu. Dia meminta belas kasihan dan perdamaian.

Habib meletakkan pisau itu pada leher Abdul-Rahman. Ketua-ketua kampung membawa seekor domba, dan Habib perlu membuat keputusan: memberi belas kasihan, atau membalas dendam? Semasa dia memegang pisau itu pada leher Abdul-Rahman, tindakannya menyatakan, “Sekarang, saya mempunyai kuasa ke atas kamu. Setiap mata sedang melihat; setiap orang mengetahui bahawa saya mempunyai hak dan kemampuan untuk membunuh kamu. Tetapi saya memilih belas kasihan dan perdamaian. Saya akan menamatkan pertumpahan darah ini.”

Dia berpaling dari Abdul-Rahman dan menyembelih domba itu. Apabila kesakitan, kemarahan, dan keadilan telah ditanggung oleh binatang itu, Habib memeluk Abdul-Rahman. Damai di antara dua keluarga itu dipulihkan. 

Jika manusia boleh mencari cara untuk menggabungkan keadilan dengan belas kasihan, sudah tentu Tuhan boleh melakukan hal yang sama! 

Yesus Mesias: Belas Kasihan daripada Tuhan

Di manakah kita boleh mempelajari tentang belas kasihan Tuhan? Ia sangat mudah. Anda mungkin pernah mendengar bahawa Yesus Mesias (juga dikenali sebagai Isa al-Masih) dipanggil sebagai “Belas Kasihan” daripada Tuhan. Ini bermakna bahawa dia melambangkan belas kasihan sepenuhnya. Caranya—ajaran-ajarannya dalam kitab yang juga dikenali sebagai Injil—adalah jalan pengampunan dan pendamaian. 

Yesus Mesias boleh melaksanakan peranan yang begitu menakjubkan kerana dia adalah satu-satunya yang dikirimkan oleh Tuhan yang tidak berdosa. Setiap nabi dan utusan suci memerlukan pengampunan atas kesilapan mereka, tetapi bukan Yesus Mesias. Daripada menunggu Hari Penghakiman, dia dibawa terus ke syurga kerana dia tidak pernah melakukan kesilapan—walaupun sedikit.

Inilah sebabnya mengapa dia dipanggil Belas Kasihan dari Tuhan. Dia memberikan contoh belas kasihan yang murni dan mengajar kita bagaimana untuk menerima belas kasihan Tuhan.

Bagaimana Yesus Mesias Boleh Menolong Saya?

Tercatat bahawa Yohanes Pembaptis (juga dikenali sebagai Yahya) melihat Yesus Mesias di tengah-tengah orang ramai dan, di bawah inspirasi Tuhan, dia berseru, “Lihatlah Anak Domba Allah yang menghapuskan dosa umat manusia!” (Injil, Yohanes 1:29). Yesus Mesias adalah seperti domba yang menyediakan jalan pendamaian untuk Abdul-Rahman. 

Jika kita dihukum atas kesilapan-kesilapan kita, ini adalah keadilan. Tetapi Yesus Mesias, yang sama sekali tidak berdosa, menawarkan diri-Nya untuk bertanggungjawab atas kesilapan-kesilapan kita. Tiada siapa yang memaksa dia. Dia dengan rela hati mengambil kematian ke atas dirinya sendiri untuk menjawab tuntutan keadilan. Dia adalah satu-satunya orang yang benar-benar tidak bersalah yang pernah hidup, namun dia meletakkan dirinya untuk diperlakukan seperti domba dalam cerita Abdul-Rahman. Itulah sebabnya, selepas dia menderita untuk kita, Tuhan mengangkatnya ke syurga. 

Mungkin anda mempunyai konflik dalam kehidupan anda. Mungkin anda seperti Fatima, ditinggalkan oleh orang yang anda cintai. Mungkin anda telah disakiti oleh seseorang, atau reputasi anda telah dirosakkan secara tidak adil. Mungkin anda seperti Abdul-Rahman, bersalah dan takut akan pembalasan.

Yesus Mesias boleh menolong anda. Anda cuma perlu membuat doa permintaan pendek seperti ini:

Ya Tuhan, saya tidak dapat menebus dosa-dosa saya. Tetapi saya tahu bahawa engkau telah mengirimkan Yesus Mesias sebagai Belas Kasihanmu kepada kami. Ampuni saya kerana perbuatan baik yang telah dia lakukan untuk seluruh umat manusia. Bantu saya untuk memahami jalan Yesus Mesias supaya saya dapat mengalami belas kasihanmu dalam kehidupan saya. Amin.

Jika anda ingin mendapatkan salinan Injil untuk anda sendiri, sila hubungi kami melalui maklumat yang terdapat di belakang kertas ini.

Copyright © 2023 by Sharing Hope Publications. Tulisan boleh dicetak dan dikongsikan untuk tujuan bukan komersial tanpa kebenaran.
Ayat Alkitab diambil dari Alkitab Berita Baik®. Hak Cipta © 1996 oleh The Bible Society of Malaysia. Digunakan dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.

Daftar untuk surat berita kami

Jadilah orang pertama yang mengetahui apabila penerbitan baru tersedia!

newsletter-cover