Perlindungan daripada Roh-Roh Jahat

Perlindungan daripada Roh-Roh Jahat

Ringkasan

Roh jahat memang wujud, dan mereka boleh menjadi sangat menakutkan. Beberapa orang mengakui memiliki kuasa ke atas roh, tetapi mereka mengenakan bayaran sebelum membantu kita. Yesus Kristus memiliki kuasa untuk mengikat dan mengusir roh jahat, tetapi Dia tidak pernah meminta bayaran. Dia sentiasa membantu orang dengan percuma kerana Dia dipenuhi dengan belas kasihan dan kerana Dia juga tidak suka melihat roh jahat mengganggu kita. Risalah ini memberitahu kita dari mana datangnya kejahatan dan bagaimana kita boleh berdoa kepada Yesus untuk dibebaskan daripada roh jahat.

Muat Turun

Pada suatu pagi yang cerah di Asia Tenggara, sementara saya sedang keluar untuk pergi ke pasar, jiran saya memecah keluar daripada pangsapurinya dan berlari menuju ke arah saya sambil menjerit dan menghayunkan dua bilah pisau besar yang ada pada tangannya tanpa kawalan. Matanya menyorot dengan kengerian dan saya merasakan kehadiran kegelapan dan kejahatan. Kerana saya seorang Kristian, saya dengan senyap mula berdoa untuk perlindungan. Ketika saya berdoa, roh jahat itu dikalahkan dan jiran saya menjadi semakin tenang. Kemudian, dia membenarkan saya untuk mengambil pisau-pisau itu daripada tangannya. 

Kuasa Yesus 

Ribuan orang telah mengalami kuasa Yesus. Mereka telah dibebaskan daripada kerasukan roh jahat, disembuhkan daripada penyakit-penyakit, dilindungi daripada sumpahan dan kecelakaan, serta dihindari daripada ancaman bahaya. Tetapi siapakah Yesus? Apakah sifat kuasa-Nya? Cerita Yesus boleh ditemui di dalam tulisan-tulisan suci Kristian iaitu Alkitab. Di sini adalah sebuah cerita tentang kuasa-Nya terhadap roh-roh jahat.

Pada suatu hari, seorang bapa membawa anak lelakinya kepada Yesus. Dia berkata, “Guru, tolonglah anakku keranaa dia anak tunggalku. Dia dirasuk sesuatu roh lalu tiba-tiba dia berteriak Dan tersentak-sentak sehingga mulutnya berbuih-buih. Roh itu mencederakannya dan tidak mahu melepaskkannya . . . Sering kali dia terjatuh ke dalam api atau air.” Yesus memanggil anak lelaki itu datang kepada-Nya, tetapi roh jahat itu melemparkan anak itu ke tanah dan membuatkan dia tersentak-sentak.

Hati Yesus sedih terhadap bapa dan anak itu. Dia berkata, “Kalau Engkau dapat? Segala sesuatu mungkin bagi orang yang percaya.”

Bapa itu menjerit, “Aku percaya; tolonglah aku yang kurang percaya ini!” 

Yesus pun memerintahkan roh jahat itu, “’Hai roh bisu tuli, Aku perintahkan kamu keluar daripada anak ini dan jangan memasukinya lagi.’ Roh itu menjerit dan membuat anak itu terkejang-kejang, lalu keluar daripada anak itu” (Lukas 9:37–42, Markus 9:17–27).

Terdapat ramai orang seperti bapa ini yang menderita kerana roh-roh yang menyerang ahli keluarga mereka. Sebahagian mereka tidak dapat tidur. Ada yang sakit. Yang lain mendengar suara-suara yang aneh. Ada juga yang dirasuki dengan kuasa yang luar biasa dan menakutkan seluruh kampung. Tetapi mereka semua terdesak inginkan pertolongan! 

Terdapat berita baik: anda boleh berdoa kepada Yesus dan meminta perlindungan daripada kuasa-kuasa jahat.

Pertolongan Tanpa Bayaran

Ramai dukun dan pawang mengenakan bayaran dengan nilai wang yang besar sebelum mereka memberikan pertolongan terhadap masalah-masalah seperti ini. 

Terdapat berita baik lagi: Yesus menolong dengan percuma. 

Dalam cerita Alkitab sebelum ini, Yesus tidak menginginkan wang daripada keluarga yang menderita itu. Dia hanya menginginkan mereka percaya kepada-Nya. Yesus mengasihi orang ramai dan rindu untuk menyelesaikan masalah-masalah mereka sebagaimana ibu bapa yang baik yang ingin menjaga anak-anak mereka. 

Alkitab mengajarkan bahawa Yesus adalah Pencipta alam semesta. Dia datang untuk menolong dunia mempercayai-Nya semula. Sebagai Pencipta, Dia memiliki kuasa untuk menyelamatkan dunia daripada kejahatan, penderitaan dan kematian. Bagaimana? 

Alkitab mengatakan bahawa terdapat suatu masa dahulu ketika alam semesta tidak mempunyai kejahatan, penderitaan dan kematian. Semuanya harmoni dalam kesempurnaan. Namun, segala-galanya berubah ketika salah satu malaikat ciptaan Tuhan memulakan satu pemberontakan. Malaikat ini cemburu terhadap Penciptanya. Dia mula menyebarkan pembohongan dan penipuan di kalangan malaikat-malaikat yang lain sehingga memenangi satu pertiga daripada mereka. Mereka bersama-sama menuduh Tuhan dahagakan kuasa dan pentingkan diri sendiri.

Pencipta itu mempunyai satu pilihan yang sukar untuk dilakukan. Jika Dia memaksa mereka untuk berhenti—atau bahkan membinasakan mereka—malaikat-malaikat yang lain dan seluruh alam semesta akan berfikir bahawa tuduhan-tuduhan palsu itu adalah benar. Pilihan yang kedua adalah untuk mengekalkan nyawa malaikat-malaikat yang memberontak itu agar kejahatan mereka dijadikan bukti untuk menentang tuduhan-tuduhan mereka. Lalu, pada masa yang sesuai, Pencipta itu akan mengakhiri pemberontakan tersebut. 

Setelah pemberontakan itu bermula, ibu bapa kita yang pertama telah mengingkari amaran-amaran Tuhan sehingga mereka membiarkan malaikat-malaikat jahat untuk menuntut dunia ini. Sekarang, malaikat-malaikat ini menipu dan membahayakan umat manusia. Namun begitu, Pencipta masih mempunyai kuasa yang lebih besar daripada malaikat-malaikat jahat ini dan apabila kita meminta pertolongan, Dia dengan senang hati akan menolong kita. 

Datang ke Tempat Perlindungan-Mu

Adakah anda Masih mengingati jiran saya yang cuba untuk menyerang saya? Setelah dia melepaskan pisau-pisau itu, satu suara yang menakutkan berbicara melaluinya dan mengakui dirinya sebagai roh ibunya yang telah meninggal dunia. Malaikat jahat itu menuntut satu pemberian makanan. Saya berdoa bersama-sama dengan orang-orang yang bersama-sama dengan saya pada masa itu, meminta Tuhan agar roh jahat itu pergi. Akhirnya, roh itu meninggalkan dia dan jiran saya kembali waras.

“Saya tidak inginkan perkara ini terjadi lagi!” Dia berseru. Dia telah mengalami pertarungan yang tidak kelihatan di antara kebaikan dan kejahatan serta ingin mengetahui bagaimana untuk mendapatkan perlindungan daripada kejahatan. Oleh itu, saya mengajarnya mengenai Yesus dan Alkitab. Dia berdoa kepada Yesus untuk menolongnya mengatasi kemarahan dan dendam terhadap seseorang yang telah menyakitinya pada masa lalu. Dia juga meminta Pencipta untuk memberikannya hati yang baik dan melindunginya daripada kejahatan. Dia melakukan sedemikian dan roh-roh jahat itu tidak pernah lagi datang untuk mengganggu dia!

Adakah anda ingin mengalami kuasa perlindungan Yesus? Anda boleh berdoa seperti ini: 

Ya Tuhan, saya memerlukan pertolongan-Mu. Tolong jauhkan roh-roh jahat daripada kehidupan saya. Berikanlah saya hati yang baru dan kirimkanlah malaikat-malaikat suci untuk melindungi saya. Saya meminta ini di dalam nama Yesus. Amin.

Jika anda ingin Yesus menolong anda atau orang yang anda kasihi untuk mendapatkan kebebasan daripada roh-roh jahat, sila hubungi kami melalui maklumat yang tertera pada belakang kertas ini.

Copyright © 2023 by Sharing Hope Publications. Tulisan boleh dicetak dan dikongsikan untuk tujuan bukan komersial tanpa kebenaran.
Ayat Alkitab diambil dari Alkitab Versi Borneo®. Hak Cipta © 2016 oleh Borneo Sabda Limited. Digunakan dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.

Daftar untuk surat berita kami

Jadilah orang pertama yang mengetahui apabila penerbitan baru tersedia!

newsletter-cover