
Bolehkah Yesus Menolong Saya?
Ringkasan
Semua kita menghadapi masalah di dalam kehidupan kita yang tidak dapat kita selesaikan seorang diri. Kadang-kadang kita berfikir bahawa tidak ada sesiapa yang melihat kesakitan kita, tetapi Tuhan Pencipta mengetahui segalanya. Dia mengirimkan Anak-Nya, Yesus, dengan rancangan untuk membantu kita membebaskan diri dari penderitaan untuk selama-lamanya. Ketiga-tiga cerita ini menggambarkan orang sebenar dengan masalah sebenar yang telah berpaling kepada Yesus untuk mendapatkan bantuan. Tidak ada seorang pun di antara mereka yang mengetahui banyak mengenai Yesus pada ketika itu, tetapi selepas Dia membantu mereka, mereka mahu mengenal Dia dengan lebih baik. Risalah ini mengajar kita bagaimana untuk berdoa agar kita boleh memberitahu Yesus mengenai masalah kita. Dia akan membantu kita juga!
Jenis
Tract
Penerbit
Sharing Hope Publications
Tersedia dalam
12 Bahasa
Muka Surat
6
Sahabat yang kukasihi, saya tidak tahu apa yang anda sedang hadapi dalam kehidupan anda, tetapi kita semua berhadapan dengan masalah-masalah yang mana kita tidak berdaya untuk menyelesaikannya.
Penyakit. Patah hati. Kesepian. Ketagihan. Kemiskinan. Ketakutan. Rasa malu. Tidak kira apa sahaja masalah yang anda hadapi, ada Seseorang yang boleh menolong anda. Nama-Nya adalah Yesus Kristus. Ramai orang telah datang kepada Dia pada masa yang diperlukan dan mereka menerima pertolongan.
Berikut adalah tiga kisah benar mengenai orang-orang di Asia yang Yesus telah tolong.
Seorang Ibu Muda di Sri Lanka
Jaya bekerja di sebuah makmal darah yang kecil. Dia gembira mempunyai satu pekerjaan untuk menyara dirinya dan anak lelakinya kerana suaminya telah meninggalkan dia. Walaupun dia seorang penganut Buddha, Jaya gembira bekerja dengan Ana, majikannya yang beragama Kristian. Tidak lama kemudian, mereka menjadi sahabat yang baik.
Pada suatu hari semasa bekerja, Jaya tiba-tiba merasakan kesakitan yang sangat perit. Dia menjerit dengan ketakutan apabila dia mendapati terdapat darah dan tiga kelar yang panjang pada lengannya. Jaya dapat merasakan kehadiran roh-roh jahat di dalam bilik itu.
Mendengar Jaya menangis, Ana lekas berlari kepadanya. Dia melihat ketakutan pada wajah Jaya yang pucat apabila Jaya menerangkan apa yang telah berlaku. Lalu Ana menjawab, “Jaya, Tuhanku mempunyai kuasa untuk memerintahkan roh-roh jahat ini untuk pergi. Mari kita berdoa.” Sementara Ana berdoa, Jaya merasakan kedamaian mengalir pada dirinya. Roh-roh itu pun pergi.
“Saya sungguh kagum kerana doa itu dijawab dengan begitu cepat,” Jaya berkata, “dan saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Yesus yang majikan saya telah berdoa kepada. Jelas sekali, Dia mendengar dan menjawab doa!”
Seorang Ahli Perniagaan Wanita di Bangkok
Sucheen merupakan seorang ahli perniagaan wanita yang berjaya di Bangkok yang cepat dinaikkan pangkat dalam syarikatnya. Tetapi tidak semua berjalan dengan baik. Dia dan teman lelakinya, seorang yang dia fikir akan mengahwininya, baru sahaja berpisah. Kini, dia bersendirian dan patah hati.
Beberapa minggu telah berlalu dan dia merasakan dunia sedang menjadi gelap. Sucheen mula menyedari bahawa berita-berita sering menunjukkan tragedi-tragedi yang dahsyat. Bahkan lirik-lirik lagu dan filem-filem tertumpu kepada bencana-bencana kehidupan. Pasti ada seseorang yang menjadi dalang di sebalik musibah-musibah ini, dia menyimpulkan sedemikian. Tetapi bagaimana pula dengan kebaikan yang ada di dunia ini? Adakah seseorang di sebalik hal-hal ini? Dia tidak mengetahui jawapannya.
Pada satu malam, Sucheen terbangun dari tidurnya dan menyedari suatu kehadiran yang ada di dalam biliknya. Pada mulanya dia berfikir bahawa dia sedang bermimpi, tetapi dia melihat sekali lagi dan mendapati seseorang sedang berdiri di kaki katilnya. Namun, dia tidak berasa ketakutan. Dia melihat ke arah wajah yang kelihatan baik itu dan mengetahui bahawa Dia adalah Peribadi yang baik. Setelah yakin dengan hal itu, dia menutup matanya dan perlahan-lahan tertidur.
Keesokan harinya, Sucheen memikirkan tentang tetamu malam itu dan yakin bahawa makhluk yang dia telah lihat adalah Yesus. Dia merasakan bahawa Yesus mengerti tentang pergelutannya dan Dia telah datang untuk menolongnya. Rasa ingin tahu di mana dia boleh mempelajari lebih banyak mengenai-Nya, dia telah mendapat satu dorongan yang kuat untuk pergi ke sebuah gereja Kristian. Sementara dia mempelajari Alkitab di sana, dia juga mempelajari mengenai Yesus dan bagaimana untuk mencari-Nya. Sucheen tahu dia tidak akan bersendirian lagi.
Seorang Bapa yang Terdesak di Malaysia
Cheng memusingkan badannya dengan rasa tidak selesa di tempat duduk keretanya, tempat di mana dia tidur sejak beberapa hari yang lalu. Dia ingin berada di sisi anaknya di hospital tetapi unit rawatan rapi hanya membenarkan seorang penjaga bermalam di bilik itu.
Mengapakah anak lelakinya mempunyai masalah jantung yang mengancam nyawa pada usia yang muda? Bagaimana jikalau dia mati? Dia tidak sanggup untuk memikirkan tetang kehidupan tanpa anak tunggalnya! Air mata mengalir pada wajah Cheng. Dia berasa sungguh tidak berdaya. Berdoa kepada moyang-moyangnya dan berkunjung ke tokong-tokong tidak memberikan sebarang jawapan. Kini, para pakar bedah mengatakan bahawa masalah jantung anaknya tidak dapat disembuhkan walaupun dengan pembedahan sekalipun.
Menatap ke arah tempat duduk di sebelahnya, mata Cheng tertumpu pada senaskhah risalah kecil yang telah diberikan oleh seorang Kristian kepadanya beberapa hari yang lalu. Tanpa berfikir panjang, Cheng memasang lampu dan mula membaca. Risalah kecil itu berbicara tentang Tuhan yang menciptakan dunia ini—Tuhan yang mengasihi dan merindui kita untuk membawakan permintaan-permintaan kita kepada-Nya.
Cheng pun memikirkan mengenai apa yang dia telah baca. Dia tidak berdaya. Bolehkah Tuhan ini menolongnya? “Tuhan, jika Engkau benar-benar wujud, saya meminta agar Engkau melakukan hanya satu perkara. Tolong sembuhkan anak lelaki saya! Jika Engkau melakukannya, Engkau akan menjadi Tuhanku dan saya akan mengikuti Engkau.”
Pada keesokan pagi, Cheng memasuki wad hospital anak lelakinya. Para doktor dan jururawat sedang bercakap di sekeliling katil anak lelakinya. Mereka tersenyum dan teruja melihat laporan-laporan pada carta itu. Anak lelakinya telah sembuh!
Sekarang Giliran Anda
Adakah anda sedang bergelut dengan pekerjaan atau persekolahan anda? Adakah anda sedang mempunyai konflik dengan orang-orang yang berhampiran dengan anda? Adakah anda sedang sakit atau ketakutan? Adakah anda bersendirian? Adakah anda tidak berdaya terhadap ketagihan atau kelemahan yang ada di dalam kehidupan anda?
Yesus boleh menolong anda!
Dia berkata, “Marilah ke sisi-Ku, wahai semua yang lelah dan memikul beban berat; Aku akan memberimu kelegaan” (Matius 11:28).
Anda mungkin tidak memahami siapakah Yesus sepenuhnya. Anda mungkin tertanya-tanya jika Dia benar-benar wujud. Tetapi anda boleh pasti bahawa jika anda benar-benar ingin mengetahui kebenaran dan bersungguh-sungguh menginginkan pertolongan, Yesus akan menolong anda.
Hanya berdoa, “Yesus, saya ingin percaya bahawa Engkau nyata dan boleh menolong saya. Tolong tunjukkan saya bahawa Engkau nyata dan boleh membantu saya dengan . . . isikan ruang kosong. . . . Saya memerlukan Tuhan seperti Engkau sekarang juga.”
Yesus pasti akan menolong anda. Dan apabila Dia melakukan sedemikian, beritahukanlah kepada orang lain mengenai Dia!
Jika anda ingin mempelajari lebih lanjut mengenai kuasa Yesus, sila hubungi kami melalui maklumat yang tertera pada belakang kertas ini.
Ayat Alkitab diambil dari Alkitab Versi Borneo®. Hak Cipta © 2016 oleh Borneo Sabda Limited. Digunakan dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.
Daftar untuk surat berita kami
Jadilah orang pertama yang mengetahui apabila penerbitan baru tersedia!

Penerbitan Pilihan Kami
© 2024 Sharing Hope Publications