Masa Depan yang Lebih Baik

Masa Depan yang Lebih Baik

Ringkasan

Di dunia ini, perkara buruk akan terjadi. Manusia menderita dan mati. Tetapi terdapat harapan untuk masa hadapan! Buku suci orang Kristian, Alkitab, mengatakan bahawa Yesus akan datang untuk membawa orang-orang yang mengasihi Dia ke tempat yang lebih baik. Di sana, tidak ada seorang pun yang akan sakit atau menderita. Semua orang akan hidup dengan damai dan harmoni untuk selama-lamanya. Risalah ini memberitahu kita bagaimana anda boleh menjadi sebahagian daripada masa hadapan yang indah, yang telah disediakan Tuhan!

Muat Turun

Lee memegang erat kedua-dua anak perempuannya ketika mereka bergerak melalui pasar raya. “Hati-hati,” katanya dengan penuh rasa ingin melindungi. “Sentiasa dekat dengan ayah.” Kepalanya bingung. Dia tidak biasa pergi ke pasar seperti ini. Dan dia sememangnya tidak biasa untuk menjaga anak-anaknya seorang diri. 

Pada waktu Lee berjaya untuk membeli beberapa makanan dan menaiki bas bersama anak-anak perempuannya, dia berasa ingin menangis. Dia merindui isterinya yang telah meninggal dunia baru beberapa minggu yang lalu. Dia merindui wajahnya yang penuh senyuman. Dia merindui makanan-makanan yang dia masak dan cara dia menjaga anak-anak mereka. Dia tidak pernah menyangka bahawa kehidupan mereka berdua akan berakhir dengan tragis seperti ini. 

Mengapakah dia harus menderita sebegitu? Mengapakah anak-anaknya harus menderita sebegitu? Adakah ini adalah yang terbaik yang dia boleh harapkan untuk masa depan? 

Pengharapan untuk Masa Depan

Sementara masa berlalu, Lee berfikir jika agama boleh membantu dia mencari masa depan yang lebih baik. Tetapi dia menyedari bahawa setiap agama menawarkan penyelesaiannya tersendiri dan bukan semua agama adalah baik. Di manakah dia boleh mencari jawapan untuk memahami kehilangannya? Tidak adakah harapan bahawa dia akan bersatu semula dengan isterinya? Adakah penderitaan yang tidak berkesudahan ini dapat diselesaikan? 

Sebahagian falsafah mengajarkan bahawa dunia ini akan bertambah baik tetapi Lee dengan jelas melihat ia adalah sebaliknya. Agama-agama lain menawarkan satu jenis rancangan untuk melarikan diri. Mereka melihat dunia ini akan musnah untuk selama-lamanya dan mengajarkan bahawa Tuhan akan menyelamatkan orang baik apabila mereka mati dan membawa mereka ke syurga. Ada yang memberikan tumpuan kepada nirvana iaitu idea tentang satu tempat kekal yang tidak dapat digambarkan. Tetapi ia tidak kedengaran terlalu peribadi. Lee tertanya-tanya pandangan manakah yang terbaik.

Penyelesaian Kristian

Lee mula bercakap dengan seorang jiran yang beragama Kristian. Kemudian, dia mempelajari bahawa tulisan-tulisan suci orang Kristian yang dipanggil Alkitab, mengajarkan bahawa dunia ini berada dalam keadaan yang bermasalah kerana kita telah menderhaka Pencipta kita (Kejadian 6:5). Namun, Pencipta telah berjanji untuk menciptakan semula bumi ini ke dalam kesempurnaan asalnya (Wahyu 21:1). Mereka yang mengizinkan Tuhan untuk menyembuhkan semua keinginan mereka yang mementingkan diri sendiri akan dialu-alukan ke bumi yang baru ini.

Alkitab mengatakan bahawa Tuhan Pencipta “akan menghapuskan setiap titik air mata mereka. Tiadalah lagi kematian, kesedihan dan tangisan. Tiada lagi kesakitan, kerana segala yang lama telah lenyap” (Wahyu 21:4). Penderitaan akan dihapuskan buat selama-lamanya!

“Pada waktu itu mata orang buta akan dicelikkan dan telinga orang tuli akan dibuka. Pada waktu itu orang tempang akan melompat seperti rusa dan lidah orang bisu akan bersorak-sorai” (Yesaya 35:5–6). Ketidaksempurnaan fizikal akan dihapuskan! 

Alam semula jadi juga akan dipulihkan. “Serigala dan anak domba akan meragut rumput bersama-sama, singa akan makan jerami seperti lembu” (Yesaya 65:25). 

Bagaimana semua ini akan terjadi? Alkitab mengatakan bahawa Tuhan akan datang bagaikan satu kejutan (Matius 24:36–42) tetapi tidak ada yang ketinggalan kerana “Dia datang dalam awan! Seluruh umat Manusia akan melihat-Nya” (Wahyu 1:7). Akan ada kilat dan guruh, dan gempa bumi akan berlaku (Matius 24:27; Wahyu 16:17–21). 

Satu sangkakala yang kuat akan berbunyi. Mereka yang telah mati dan mempercayai janji Pencipta akan dihidupkan semula. Bersama-sama dengan orang-orang percaya yang hidup, mereka akan “diangkat bersama mereka ke awan untuk bertemu Tuhan di angkasa” (1 Tesalonika 4:17). Alangkah bahagianya pertemuan semula itu!

Sementara Tuhan menginginkan semua orang untuk hidup di bumi yang baru, kejahatan akan dibinasakan (2 Petrus 3:9–11). Selepas itu, Tuhan akan menciptakan semula dunia dan mengalu-alukan kita datang ke rumah baru kita yang bebas daripada pencemaran, penderitaan dan kematian.

Bayangkan Dunia yang Diciptakan Semula!

Semasa Lee membaca Alkitab, dia membayangkan kejadian-kejadian yang dijelaskan di dalamnya. Dia membayangkan berjalan di atas satu permaidani rumput yang segar bersama isterinya yang telah dibangkitkan. Mereka akan berkelah di tepi anak sungai manakala anak-anak perempuan mereka bermain dengan seekor harimau yang megah. 

Sekali seminggu, mereka akan menyertai rombongam besar ke ibu kota tempat di mana Pencipta bertakhta (Yesaya 66:22–23). Mereka akan berjalan di sepanjang jalanan-jalanan emas, hati mereka penuh dengan kegembiraan dan kasih kepada Pencipta itu. Mereka akan bernyanyi, memuji Tuhan bersama-sama. 

Tiada siapa yang akan menjadi tua, sakit atau mati. Kegembiraan dan kasih akan sempurna!

Terlalu Baik untuk Menjadi Kenyataan?

Lee amat suka dengan apa yang dia telah baca dalam Kitab Suci Kristian. Kadangkala, ia seolah-olah terlalu baik untuk menjadi kenyataan dan apa yang dia dapat lakukan adalah melafazkan satu doa kesyukuran. Kehidupan sebagai seorang ayah tunggal tidaklah mudah tetapi sekarang dia mempunyai kedamaian dan pengharapan untuk masa depan!

Penderitaan adalah perkara biasa bagi semua manusia. Ianya mudah untuk berhenti dan fokus pada masalah-masalah. Namun, terdapat berita baik! Alkitab adalah sebuah buku yang menjelaskan bukan hanya tentang asal usul tetapi juga tentang tujuan akhir bagi dunia kita—satu tujuan indah yang melibatkan anda dan saya. Dan ia juga boleh melibatkan semua orang yang kita sayangi!

Bagaimana dengan anda?

Adakah anda ingin menyelidiki tentang kemungkinan bahawa Tuhan mempunyai satu masa depan yang indah untuk anda? Adakah anda ingin tahu bagaimana Dia boleh menyembuhkan penderitaan anda? Jika demikian, berdoalah seperti berikut: 

Tuhan Pencipta, saya ingin mempercayai bahawa Engkau boleh memulihkan dunia ini kepada kebaikan asalnya tetapi ia seolah-olah terlalu baik untuk menjadi kenyataan. Tolonglah saya untuk mengetahui sama ada Engkau adalah nyata dan apa rancangan-Mu untuk saya.

Jika anda ingin mempelajari lebih banyak lagi, sila hubungi kami melalui maklumat yang tertera pada belakang kertas ini.

Copyright © 2023 by Sharing Hope Publications. Tulisan boleh dicetak dan dikongsikan untuk tujuan bukan komersial tanpa kebenaran.
Ayat Alkitab diambil dari Alkitab Versi Borneo®. Hak Cipta © 2016 oleh Borneo Sabda Limited. Digunakan dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.

Daftar untuk surat berita kami

Jadilah orang pertama yang mengetahui apabila penerbitan baru tersedia!

newsletter-cover