Mengatasi Kemarahan

Mengatasi Kemarahan

Ringkasan

Setiap orang pernah mengalami kemarahan—tetapi jika kita berpaut pada kemarahan kita, ia boleh memusnahkan kita. Risalah ini menceritakan kisah mengenai seorang lelaki di mana kehidupannya telah berubah dengan mempelajari bagaimana Yesus mengampuni orang lain—bahkan orang-orang yang telah membunuh Dia. Jika kita mengikuti Yesus, Dia akan mengubah kita dan menjadikan kita lebih seperti Dia. Dia akan menghilangkan kemarahan dan kepahitan kita agar hidup kita memberikan kemuliaan kepada Tuhan.

Muat Turun

“Dia akan baik-baik sahaja bersalin di kampung kita seperti yang kita selalu lakukan,” tegas ibu mertua Dara. “Kita tidak memerlukan hospital yang mahal.”

Dara risau. Isterinya tidak begitu kuat dan dia inginkan isterinya dekat dengan seorang doktor yang pakar. “Tidak ada gunanya bertengkar dengan ibu mertua saya,” katanya dalam hati.

Ketika isterinya hendak bersalin, Dara terpaksa menunggu di luar pondok. Teriakan isterinya menjadi kuat masa demi masa, lalu tiba-tiba ia menjadi senyap. Akhirnya, ibu mertuanya keluar. Satu pandang pada wajahnya sahaja sudah cukup untuk mengetahui bahawa dia telah kehilangan isteri dan anaknya yang tersayang. Mereka telah meninggal dunia, bersama-sama dengan semua impian dan kegembiraannya.

Kekosongan dalam jiwanya perlahan-lahan menjadi kemarahan yang membara. Hati Dara menjerit, “Kalaulah mereka berada di hospital, tentu keadaan akan berbeza. Kalaulah ibu mertuanya tidak degil!” 

Dara terpaksa menjauhkan dirinya daripada wanita yang telah menghancurkan kehidupannya. Dia mengambil barang-barangnya dan pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal. 

Lari daripada Kemarahan

Dara pergi ke ibu kota untuk tinggal bersama saudara perempuannya, Maly, dan suaminya, Tray. Malam itu dia berbaring seorang diri, terjaga. Kemarahan telah mengikutinya seperti awan hitam. Dia tidak dapat memikirkan apa-apa lagi. 

Mujur, Dara mengalami saat-saat tenang yang singkat apabila dia bersama dengan keluarga saudara perempuannya setiap petang. Selepas makan bersama, mereka akan menyanyikan lagu-lagu yang indah dan Tray akan bercerita. Cerita-ceritanya agak berbeza daripada lagenda dan dongeng zaman kanak-kanak Dara; ia adalah cerita-cerita dari kitab suci Kristian yang dipanggil Alkitab. Dara tidak pernah mendengar kisah Tuhan yang penyayang yang menciptakan dunia seperti satu syurga yang damai dalam kesempurnaan. Dia belajar bagaimana manusia yang pertama menderhaka terhadap Pencipta mereka, berfikir bahawa mereka akan menjadi lebih bahagia jika mereka mengikuti cara mereka sendiri. Pilihan mereka yang salah telah mendatangkan kejahatan, penderitaan dan kematian ke dalam dunia yang sempurna ini.

Pada suatu hari, Dara memberitahukan Tray mengenai kemarahannya terhadap ibu mertuanya. Dia menerangkan bahawa dia terseksa dengan kepahitan dan kemurungan. Tray mendengar dengan senyap: Akhirnya, dia berkata, “Dara, saya faham. Saya mengalami banyak perkara yang dahsyat semasa peperangan. Namun, saya menemui kedamaian. Kemarahan yang kamu miliki tidak akan membawa keluarga kamu kembali. Ianya seperti memegang sebiji bom tangan pada dada kamu. Ia akan memusnahkan kamu!”

Dara menutup mukanya. “Saya tidak dapat menahannya,” dia merintih. “Dulu saya menyayangi ibu bapa isteri saya, tetapi sekarang saya membenci mereka. Saya tidak akan pernah dapat memaafkan mereka.”

Lombong Kebencian

Tray mengangguk. “Secara manusiawi, ia adalah mustahil. Tetapi, Pencipta kita dapat menolong kamu.” 

“Tuhan?” Tanya Dara. “Saya mendengar cerita-cerita kamu, tetapi bagaimanakah saya tahu ianya benar? Selain itu, apakah yang Tuhan dapat lakukan untuk menolong saya?”

Tray tersenyum. “Kamu telah belajar daripada Alkitab bagaimana manusia merosakkan dunia yang sempurna ini. Tuhan boleh sahaja memarahi mereka tetapi Dia tidak melakukan sedemikian. Sebaliknya, Dia menyayangi mereka dan menawarkan satu rancangan untuk memulihkan mereka dan planet ini. Lebih daripada itu, apabila kita berdoa sekarang, Tuhan dapat membantu kita. Bagaimana saya mengetahuinya? Kerana Dia telah melakukannya untuk saya. Saya tidak lagi terseksa dengan kemarahan.”  

Tray meneruskan kata-katanya. “Anak Tuhan, Yesus, lahir ke dunia ini untuk membawa hati kita kembali kepada Pencipta kita. Ajaran dan penyembuhan Yesus membuatkan Dia menjadi terkenal sehingga pemimpin-pemimpin agama menjadi sangat cemburu terhadap-Nya. Mereka merancang satu cara untuk membunuh-Nya. Mereka membuat tuduhan palsu mengenai-Nya, memukul-Nya dan memakukan-Nya pada kayu salib tempat di mana Dia mati.”

“Itu teruk sekali!” Dara berkata. 

“Ya, tetapi Yesus tidak melawan atau menyumpah mereka. Sebaliknya, Dia memandang ke langit dan berseru, ‘Ya Bapa, ampunilah mereka, kerana mereka tidak tahu apa yang dilakukan mereka.’”

“Wah,” kata Dara. “Saya fikir saya tidak boleh melakukan sedemikan.” 

“Saya setuju,” balas Tray, “Dulu, saya juga berfikir sedemikian. Saya seorang yang panas baran. Tetapi kamu tahu, Dara, Yesus berkata, 'Kasihilah musuhmu dan doakan orang yang menganiayamu' (Matius 5:44). Yesus bukan sahaja mengajarkan perkara ini tetapi Dia juga melakukannya. Sementara saya memikirkan tentang perkara-perkara ini dan meminta kesembuhan daripada Tuhan, saya sedang berubah.” 

Kuasa Penyembuhan dalam Pengampunan

Beberapa minggu seterusnya, Dara membaca cerita-cerita mengenai kematian Yesus dan ajaran-ajaran-Nya tentang mengasihi musuh-musuh kita. Dia membuka hatinya kepada Tuhan dan berdoa seperti keluarga saudara perempuannya lakukan. Dia memberitahu Tuhan mengenai hatinya yang sakit dan kemarahannya. Ketika dia meminta Tuhan untuk menyembuhkan hatinya, awan hitam itu perlahan-lahan hilang. 

Tray menyedari perubahan itu. “Saya melihat Tuhan sedang mengubah kamu,” dia memberitahu Dara. “Mahukah anda menjadi pengikut Yesus?” 

Dara tersenyum, “Ya. Tuhan sedang bekerja untuk menyembuhkan saya. Bagaimanakah saya boleh menjadi pengikut-Nya?”

Tray mengajar dia bahawa maksud mengikuti Yesus adalah bergabung dengan pengikut-pengikut-Nya yang lain, berdoa dan mempelajari tentang Tuhan, serta mematuhi ajaran-ajaran Tuhan yang terdapat dalam Alkitab. Umat Tuhan juga harus memberitahu orang lain tentang bagaimana Tuhan telah mengubah diri mereka dan menjemput orang lain untuk mengalami kuasa-Nya. Pengikut-pengikut Yesus telah diberikan satu janji bahawa satu hari nanti, Dia akan menciptakan dunia ini semula.

Dara membuat keputusan untuk mengikuti Tuhan. Pada satu hari, Tray menyedari bahawa Dara sedang mengemas barang-barangnya. “Kamu ingin pergi ke mana?” dia bertanya.

“Saya ingin pulang ke kampung isteri saya,” kata Dara. “Saya perlu memberitahu mereka bahawa saya memaafkan mereka! Dan saya akan mengongsikan harapan baru yang saya telah miliki ini.”

Jika anda ingin mempelajari lebih banyak tentang bagaimana Yesus dapat menolong anda untuk mengatasi kemarahan, pengalaman pahit atau kemurungan, sila hubungi kami melalui maklumat yang tertera pada belakang kertas ini.

Copyright © 2023 by Sharing Hope Publications. Tulisan boleh dicetak dan dikongsikan untuk tujuan bukan komersial tanpa kebenaran.
Ayat Alkitab diambil dari Alkitab Versi Borneo®. Hak Cipta © 2016 oleh Borneo Sabda Limited. Digunakan dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.

Daftar untuk surat berita kami

Jadilah orang pertama yang mengetahui apabila penerbitan baru tersedia!

newsletter-cover