
Mencari Rumah Kekal Anda
Ringkasan
Ramai orang pada hari ini mengalami perlakuan buruk dan penderaan. Yesus juga hidup di dalam penderitaan. Dia membantu orang lain, menyembuhkan mereka, dan mengajar mereka cara yang lebih baik untuk hidup. Beberapa orang membenci Dia dan membunuh Dia, tetapi selepas tiga hari, Dia hidup semula dan kembali kepada Bapa-Nya di syurga. Risalah ini menawarkan cerita ringkas mengenai kehidupan dan penderitaan Yesus, serta janji-Nya untuk menyembuhkan hati kita yang patah.
Jenis
Tract
Penerbit
Sharing Hope Publications
Tersedia dalam
12 Bahasa
Muka Surat
6
Rumah—kita fikirkannya sebagai satu tempat untuk mendapatkan kasih, kepercayaan dan kesembuhan. Dan di dalam dunia yang fana dan menderita ini, hati kita rindu untuk mendapatkan satu tempat perlindungan yang selamat di mana kita boleh mendapatkan kelegaan yang sebenar.
Kerinduan kita untuk mendapatkan ketenangan yang tidak terhingga mempunyai asal usul ilahi. Alkitab, iaitu tulisan-tulisan suci orang Kristian, memberitahu tentang Tuhan Pencipta yang menciptakan manusia bagi satu kewujudan yang kekal dan sentosa (Pengkhutbah 3:11).
Tetapi bolehkah kita mempercayai Alkitab? Jutaan orang sepanjang sejarah berbicara tentang kegembiraan dan kedamaian yang mereka temui dalam buku ini. Tetapi bagaimanakah kita tahu bahawa ajaran-ajarannya adalah benar?
Bukti 1: Satu Penjelasan yang Lebih Logik
Para saintis mencadangkan teori letupan besar sebagai model terbaik bagi asal usul alam semesta. Walaubagaimanapun, beberapa saintis telah mengakui satu kesilapan yang besar—tidak akan berlakunya letupan jika tidak ada sesuatu yang sediakala wujud untuk diletupkan. Kesilapan ini menimbulkan fikiran bahawa wujudnya seorang Pencipta.
Alkitab mengajarkan bahawa Tuhan menciptakan sebuah planet yang sempurna dengan seorang lelaki dan seorang perempuan sebagai penjaganya. Tuhan menghendaki agar manusia hidup dengan aman dan bahagia di sana selama-lamanya selagi mereka memuliakan dan mentaati-Nya. Namun, lelaki dan perempuan itu terpisah daripada Tuhan dengan mengingkari-Nya. Tindakan dan perbuatan mereka mendatangkan kefanaan dan kematian kepada dunia (Roma 5:12). Sejak itu, umat manusia telah merindukan satu tempat yang aman dan damai untuk selama-lamanya.
Tetapi Tuhan tidak meninggalkan umat manusia. Sebaliknya, Dia berjanji untuk menghantar seorang penyelamat yang akan memusnahkan kuasa kejahatan di dalam kehidupan kita dan menyebabkan akhlak dan kebaikan bertumbuh dalam hati kita secara semula jadi. Dia akan membuka jalan bagi kita untuk kembali ke rumah asal kita (Yohanes 14:1–3).
Bukti 2: Satu Tema Umum bagi seorang Penyelamat dalam Pelbagai Agama
Sepanjang sejarah, orang ramai dari pelbagai negara dan agama telah mempunyai terang yang samar-samar tentang penyelamat yang dinubuatkan ini yang akan memulihkan planet ini dan menawarkan kehidupan yang kekal. Tetapi hanya Alkitab yang menubuatkan satu garis masa bagi kedatangan-Nya. Jika garis masa ini boleh disahkan oleh sejarah, maka kita dapat mengetahui bahawa Alkitab, dengan janjinya mengenai rumah kedamaian yang kekal, adalah benar.
Bukti 3: Pengesahan Sejarah
Pada 605 SM, orang Yahudi daripada bangsa Israel telah ditawan sebagai hamba oleh tentera-tentera Babel yang menyerang. Pada waktu ini, Tuhan menghantar para nabi untuk memanggil orang ramai kembali kepada-Nya. Nabi-nabi ini juga mengingatkan orang ramai mengenai janji seorang penyelamat dan meramalkan kedatangan-Nya.
Daniel, seorang daripada nabi-nabi ini, menubuatkan satu penglihatan yang menunjukkan garis masa 490 tahun secara khusus bagi kedatangan penyelamat itu. Garis masa ini bermula pada tahun apabila seorang raja mengarahkan orang-orang Yahudi untuk membina semula ibu kota mereka, Yerusalem, yang telah musnah. Kemudian, selepas 483 tahun, penyelamat itu akan datang dan selepas tiga tahun setengah melayani dan mengajar, Dia akan dibunuh oleh musuh-musuh jahat-Nya. Tiga tahun setengah selepas itu, berita baik mengenai penyelamatan yang telah dijanjikan Tuhan akan tersebar ke seluruh dunia.
Alangkah hebatnya nubuat ini! Tetapi bolehkah ia disahkan oleh sejarah? Perintah untuk membina semula kota Yerusalem berkuatkuasa pada tahun 457 SM. Lalu, tepat selepas 483 tahun, Yesus, Guru yang Agung memulakan pelayanan-Nya (pada tahun 27 M). Tarikh ini diketahui kerana Alkitab mengenalpasti Yesus sebagai penyelamat pada tahun ke-15 pemerintahan Kaisar Tiberius, seorang maharaja Rom yang terkenal dalam sejarah (Lukas 3:1–2). Terdapat banyak laporan dari saksi-saksi yang mengandungi rujukan-rujukan kepada entiti politik dan geografi boleh disahkan mengikut sejarah. Yesus dengan sempurna memenuhi garis masa nubuat ini sebagai penyelamat. Tetapi ada lagi.
Nubuat mengatakan bahawa selepas tiga tahun setengah, penyelamat itu “akan dilenyapkan dan tidak akan memiliki apa-apa” (Daniel 9:26). Sesungguhnya, pada tahun 31 M, Yesus telah dibunuh oleh orang-orang Rom. Lalu, Dia dibangkitkan untuk membuktikan kemenangan-Nya ke atas kematian. Para pengikut Yesus mengkhutbahkan berita baik mengenai penyelamat itu kepada seluruh bangsa Israel—kemudian, selepas tiga tahun setengah, mereka membawakan berita baik itu kepada seluruh dunia. Bahagian nubuat ini boleh disahkan oleh banyak sumber bangsa Rom dan Yahudi yang memetik penyebaran ajaran-ajaran Yesus yang berleluasa pada masa tersebut.
Carta berikut memperlihatkan tarikh-tarikh dan peristiwa-peristiwa yang penting bagi 490 tahun nubuat Daniel.
Bukti 4: Perubahan Kehidupan
Nubuat yang digenapi dalam sejarah ini sungguh mengagumkan! Tetapi salah satu bukti terbesar tentang keaslian Alkitab adalah perubahan kehidupan mereka yang membaca dan menerima ajaran-ajarannya. Para penjenayah telah mengakui kejahatan mereka. Orang ramai yang didorong oleh kemarahan, kebencian, cemburu dan pengalaman pahit kini menjadi baik dan penyayang.
Jemputan
Bagaimana dengan anda? Adakah anda mencari sebuah rumah yang kekal dan bahagia? Alkitab menjanjikan rumah sedemikian! Adakah anda akan meminta Yesus untuk mengalu-alukan anda ke dalam kehidupan kekal di bumi yang diperbaharui? Hubungi kami melalui maklumat yang tertera di belakang kertas ini untuk mempelajari lebih banyak lagi!
Ayat Alkitab diambil dari Alkitab Versi Borneo®. Hak Cipta © 2016 oleh Borneo Sabda Limited. Digunakan dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.
Daftar untuk surat berita kami
Jadilah orang pertama yang mengetahui apabila penerbitan baru tersedia!

Penerbitan Pilihan Kami
© 2024 Sharing Hope Publications